Projek Siap Dibina

Projek

— Projek Siap Dibina —

Bangi D’7


Sebuah projek perumahan eksklusif terdiri dari 76 Unit Rumah Berkembar 2 Tingkat 2½ Tingkat terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor. Dilengkapi dengan kawalan keselamatan 24jam, projek telah siap sepenuhnya pada tahun 2008.

Taman Industri Selaman


Taman Industri Selaman yang terletak di Seksyen 10 Bandar Baru Bangi, Selangor terdiri dari 267 Unit Kilang yang dibina khusu untuk perusahaan industri ringgan. Projek ini telak dibina dalam tiga fasa dimana Fasa I telah siap sepenuhnya pada tahun 1996 manakala Fasa 2 dan Fasa siap pada tahun 1998.

Projek Bercampur Di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi


Projek ini merupakan projek yang ketujuh dibina oleh Selaman Sdn. Bhd. yang terdiri dari Rumah Teres 2 Tingkat, Kedai/Apartment 4 Tinggi, Kedai/Pejabat 3 Tingkat dan 1 Unit Kompleks Sukan. Projek ini terletak di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Kompleks Sukan yang telah siap sepenuhnya telah diserahkan kepada Majilis Perbandaran kajang.

Kelana Idaman


Projek Kelana Idaman di Kelana Jaya, Petaling Jaya Utara, Selaman Sdn.Bhd telah membina 40 unit Apartmen Kos Rendah dan 60 unit Apartmen Kos Sederhana serta 95 unit Rumah Teres 2 Tingkat dan 25 unit Rumah Teres 2½ Tingkat dengan nilai jualan RM 38.3 juta pada tahun 2006 dan kini telah diduduki sepenuhnya.

Taman Dato’ Ahmad Razali


Projek ini merupakan projek perintis yang pertama dibangunkan oleh syarikat Selaman Sdn. bhd. yang melibatkan 800 unit Rumah Pangsa Kos Rendah dan 10 unit Rumah Kedai, Pada tahun 1986 projek ini telah siap sepenuhnya dengan nilai jualan sebanyak RM20.4 juta.

Kedai Pejabat Ampang Point


Selaman Sdn. Bhd. terus menjalankan aktivitinya dengan pembinaan 108 Unit Rumah Kedai/Pejabat 4½ Tingkat di Ampang Point, di Ampang Jaya. Kawasan ini telah dirancang sebagai sebuah kawasan pertumbuhan komersil yang berpotensi untuk berkembung maju. Pembinaan pusat komersil ini dibina secara berperingkat-peringkat antara tahun 1991 hingga 1993 dengan nilai jualan sebanyak RM67.9 juta.

Desa 288


Projek ini melibatkan pembinaan 288 unit Apartmen Kos Sederhana di Persiaran Mamanda off Jalan Ampang, Ampang Jaya. Apartment berkonsepkan moden ini dijual antara RM65,000 hingga RM 97,000 seunit. Pada tahun 1991 apartment ini telah mula diduduki, Nilai jualannya sebanyak RM20.7 juta.

Tiara Ampang Kondominium


Merupakan projek pembangunan mewah yang pertama dibina Selaman Sdn. Bhd. Projek ini terdiri dari apartment mewah berjumlah 400 unit. Pada tahun 1998 kondominium ini telah siap dan mula diduduki dengan nilai jualan RM88.8 juta.

Sri Mamanda


Projek ini terdiri daripada pembinaan 144 unit Teres 2 Tingkat yang direkabentuk dengan kombinasi ciri-ciri ‘mansion’ dan rumah konvensional. Projek perumahan ini dijual antara RM110,000 hingga RM160,000 seunit dan mula diduduki pada tahun 1991.