Profil Syarikat

Mengenai Selaman

SELAMAN SDN BHD sebuah syarikat persendirian ditubuhkan dalam tahun 1977 melalui usahasama diantara Yayasan Selangor dengan Syarikat Shahman Sdn Bhd. dalam tahun 1986, saham Syarikat Selaman Sdn Bhd telah berpindah milik kepada Arab-Malaysian Development Berhad (AMDB) dan menambah modal berbayar kepada RM20 juta.

Pada 20hb Ogos 1988, Jawatankuasa Permodalan Asing ( Foreign Investment Committee) telah meluluskan pengambilan saham-saham yang dimiliki Yayasan Selangor, kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Pengambilan saham ini menambah modal berbayar syarikat sebanyak RM10 juta menjadikan jumlah keseluruhan RM30 juta, sementara modal dibenarkan berjumlah RM40 juta.

AMDB pada 16 mac 2011 telah menjual keseluruhan 40% sahamnya kepada PUNCAK EXOTICA SON. BHD.

Visi Syarikat

"Bertekad menjadi pemaju hartanah pilihan dalam menjana komuniti unggul"

Nilai-nilai murni syarikat

Dalam setiap langkah kami, syarikat kami mengamalkan nilai-nilai murni yang menjadi landasan utama untuk keunggulan dan kejayaan. 

Berintegriti

Komitmen kami kejujuran dan tanggungjawab

Berinovasi

Terus mencari solusi kreatif untuk kejayaan.

Berpasukan

Kami kuat bersama dalam kejayaan.

Berwibawa

Kecekapan dan berwibawa dalam setiap tindakan.

Berdedikasi

Azam dan kesungguhan kami untuk mencapai matlamat.