Dasar privasi ini adalah tentang pengumpulan, pemprosesan, penggunaan, pendedahan, pemindahan dan/atau penyimpan data peribadi anda (“Data Peribadi Anda”) oleh Selaman Sdn Bhd dan/atau anak syarikatnya, ahli gabungan, syarikat berkaitan dan/atau bersekutu (“Syarikat”)
Syarikat berhak untuk mengemaskinikan dan/atau meminda Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa memberikan notis terlebih dahulu. Apa-apa perubahan penting akan dipaparkan akan dipaparkan di laman web kami atau melalui kaedah komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh syarikat.
Data Peribadi Anda ialah maklumat yang berkait secara langsung atau tidak langsung dengan anda, dan anda dikenal pasti atau dapat dikenali daripada maklumat itu atau daripada maklumat itu dan maklumat lain.
Semasa menjalankan urus niaga dan urusan anda dengan Syarikat, anda mungkin diminta untuk memberikan Data Peribadi Anda dari semasa ke semasa. Syarikat boleh mengumpul pelbagai jenis data peribadi daripada anda, yang mungkin termasuk tetapi tidak terhad pada butiran yang berikut:-
a) Nama;
b) No. Kad pengenalan/pasport;
c) Jantina;
d) Bangsa;
e) Agama;
f) Alamat surat-menyurat;
g) No. telefon;
h) Alamat e-mel;
Senarai data peribadi yang dinyatakan diatas adalah tidak terhad dan mungkin termasuk maklumat lain sebagaimana yang mungkin dikehendaki, bergantung pada jenis urusan atau urus niaga
Data Peribadi Anda yang dikumpul oleh Syarikat akan membolehkan Syarikat memproses urus niaga yang perlu berhubung dengan perkara yang berkaitan.
Data Peribadi Anda yang dikumpul akan membolehkan Syarikat untuk sentiasa memaklumkan kepada anda tentang penugumumam produk terbaharu dan acara yang akan diadakan. Data Peribadi ini juga membantu Syarikat menambah baik produk dan perkhidmatannya. Jika anda mahu maklumat perhubungan anda dikeluarkan daripada senarai emel, sila maklumkan kepada Syarikat secara bertulis.
Dari semasa ke semasa, Syarikat boleh menggunakan Data Peribadi Anda Untuk menghantar notis penting, e-mel, surat atau khidmat pesanan ringkas dan komunikasi seumpamanya tentang pembelian dan perubahan terhadap terma, syarat dan dasar Syarikat.
Syarikat juga boleh menggunakan Data Peribadi Anda bagi tujuan dalaman seperti pengauditan, analisi data dan penyelidikan untuk menambahkan baik produk, perkhidmatan dan komunikasi pelanggan Syarikat.
Syarikat juga boleh berkongsi Data Peribadi Anda dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan seperti pemprosesan maklumat, pemberian kredit, penyempurnaan pesanan pelanggan, penghantaran produk kepada anda, pengurusan dan penambahbaikan data pelanggan, penyediaan khidmat pelanggan, penilaian minat anda terhadap produk dan perkhidmatan Syarikat dan pelaksanaan penyelidikan atau soal selidik kepuasan pelanggan. Syarikat juga boleh menggabungkan Data Peribadi Anda dengan maklumat lain untuk menyediakan dan menambah baik produk dan perkidmatan syarikat.
Syarikat mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu dari segi pentadbiran dan teknikal untuk melindungi Data Peribadi Anda daripada kehilangan, kecurian, penyalahgunaan dan akses yang tidak dibenarkan, pendedahan, penggunaan, pengubahan atau pemusnahan.
Syarikat akan berusaha untuk memastikan maklumat anda tepat, lengkap dan terkini. Syarikat akan menyimpan Data Peribadi Anda selama tempoh yang diperlukan bagi memenuhi pelbagai tujuan berlainan yang digariskan dalam Dasar Privasi ini melaikan tempoh penyimpanan yang lebih panjang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang.
Anda Boleh membantu memastikan maklumat perhubungan anda adalah tepat, lengkap dan terkini dengan memaklumkan kepada Syarikat melalui laman web rasminya. Bagi maklumat peribadi yang lain, kami akan berusaha menyediakan akses dalam memenuhi permintaan anda untuk membetulkan data jika data itu tidak tepat atau memadamkan data tersebut jika Syarikat tidak dikehendaki oleh undang-undang untuk menyimpan data tersebut atau menggunakannya bagi tujuan perniagaan yang sah.
Kami boleh menolak untuk memproses apa-apa permintaan yang berulang-ulang secara keterlaluan, permintaan yang memerlukan usaha teknikal berlebihan, mengancam privasi orang lain, sangat tidak munasabah, atau permintaan yang akses kepada data tidak dikehendaki oleh undang-undang tempatan.
Jika terdapat apa-apa konflik antara Dasar Privasi versi bahasa Melayu dengan Dasar Privasi yang sama versi bahasa Inggeris, syarat Dasar Privasi ini dalam versi bahasa Melayu hendaklah diguna pakai.
Jom langgan kami untuk dapatkan info berita dan promosi terkini.